Pasangan raja sehari ini menjadi bualan netizen apabila tiba di majlis perkahwinan dengan menaiki helikopter.Pasangan terbabit, Muhammad Ridhuan Abdul Wahid, 28 tahun dan Anis Amalena Abd Aziz, 26 tahun melangsungkan majlis perkahwinan pada Ahad lalu di Kota Bharu, Kelantan.Menurut Anis Amalena, dia amat bersyukur kerana impiannya untuk berbuat demikian pada hari berbahagianya tercapai.Tambah pengasas produk kecantikan itu, helikopter berkenaan sudah ditempah khas sebulan awal sebelum berlangsung majlis.Difahamkan, penerbangan khas dari Subang ke Kelantan itu menelan belanja kira-kira RM36,000.Kos itu termasuk kegunaan selama dua jam bagi majlis mereka.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini