Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kakinya tersepit pintu lif dalam kejadian di Desa Pinang 2, Persiaran Karpal Singh, Georgetown, Pulau Pinang, Jumaat lalu.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak berkata, pihaknya menerima panggila kecemasan mengenai kes itu pada pukul 11.43 malam.

Setibanya bomba di lokasi, pihak itu mendapati sepasang kaki milik seorang lelaki telah tersepit di antara aras bawah dan tingkat satu.

Pintu lif berjaya dibuka menggunakan peralatan khas.

Mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Video kejadian turut tular di media sosial.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini