Jawatankuasa Khas Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan Dalam Kalangan Kanak-Kanak mula bermesyurat hari ini.

Antara jadi fokus, harga susu formula dan akses makanan berkhasiat untuk tumbesaran kanak-kanak.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, perbincangan berkaitan harga dan syor tertentu dikemuka supaya akses sumber makanan tumbesaran kanak-kanak dapat ditangani dengan lebih baik.

21.8 peratus daripada kanak-kanak di Malaysia berdepan masalah tumbesaran tidak normal. Ia disasar turun kepada 8 peratus menjelang tahun 2030.