Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Permatang berpotensi melahirkan pemain hoki berbakat dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar, sekolah berkenaan menumpukan sukan hoki sejak 10 tahun lalu, sehingga terpilih sebagai pelaksana program pembangunan hoki Pusat Latihan Negeri Selangor.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang memaklumkan ia satu-satunya sekolah di Selangor yang terpilih menyertai Liga Hoki Remaja Kebangsaan bermula tahun lalu.

SMK Pengkalan Permatang juga menjadi anak angkat Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam pembangunan bakat dan penyediaan infrastruktur hoki.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini