KAMI@Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia 2021-2025 dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut beliau, ia merupakan pelan paling signifikan kepada Kementerian Perpaduan Negara dalam menerajui agenda perpaduan nasional.

Jelasnya, pelan terbabit dirangka berdasarkan satu kajian yang melibatkan rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat di seluruh negara menjurus kepelbagaian budaya dan agama supaya dapat menepis sebarang usaha yang mencemarkan perpaduan di negara ini.

Beliau turut berkata impian kemakmuran bersama Keluarga Malaysia adalah asas kepada kestabilan politik, ekonomi dan sosial negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini