Tokoh pendidikan negara, Tun Arshad Ayub meninggal dunia pukul 2.06 pagi tadi.

Allahyarham berusia 93 tahun.

Perkara itu disahkan keluarga Allahyarham menerusi satu kenyataan.

Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi sejak Selasa lalu kerana masalah kesihatan.

Tun Arshad, 93 tahun, adalah pengarah pertama Institut Teknologi Mara (ITM) sejak tahun 1967 sehingga 1975 sekali gus pencetus idea kepada perkembangan pendidikan di ITM yang kini dikenali sebagai UiTM.

Anak kelahiran Muar, Johor itu pernah bertugas sebagai Ketua Setiausaha Kementerian dan berkecimpung dalam dunia perniagaan serta menjadi ahli lembaga pengarah untuk beberapa syarikat awam dan badan berkanun.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini