Kesihatan Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukkan peningkatan hari ini dan mempunyai selera makan yang bertambah baik.

Kenyataan Datin Paduka Marina, memaklumkan Tun Dr Mahathir dan keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan agar beliau segera pulih.

Tun Dr Mahathir juga memohon orang ramai tidak terlalu bimbang mengenai keadaan kesihatannya.

Beliau akan terus mendapat rawatan di IJN dibawah pengawasan pakar tempatan.

Buat masa ini juga, IJN masih tidak membenarkan pelawat selain dari keluarga terdekat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini