Penunjuk perasaan Kurdish di timur laut Syria mengadakan bantahan di luar pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) menentang langkah merekrut gadis remaja secara paksa sebagai barisan pertahanan.

Laporan oleh PBB pada Mei menyebut lebih 400 kanak-kanak telah direkrut antara Julai 2018 dan Jun 2020 oleh Unit Perlindungan Rakyat (YPG).

Dalam pada itu, lima pejuang Kurd Iraq terbunuh dan empat cedera dalam pengeboman tepi jalan yang dikaitkan dengan kumpulan Daesh. Kumpulan tersebut sedang dalam perjalanan untuk membantu rakan seperjuangan yang diserang oleh kumpulan Daesh.

Menteri wilayah Kurdistan, Masrour Barzani, berkata pengeboman  itu satu ancaman serius Daesh ke atas wilayah Kurdistan, empat tahun selepas kerajaan Iraq mengisytiharkan kemenangan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini