Tular sekumpulan lelaki beragama Sikh berjaya menyelamatkan dua lelaki yang terjatuh di air terjun British Columbia, Kanada beberapa minggu lalu. Usaha menyelamat itu berjaya disempurnakan oleh lima lelaki Sikh tersebut selepas diberitahu ada dua orang pendaki memerlukan bantuan.

Lelaki-lelaki Sikh itu kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian dan membuka turban yang dipakai mereka untuk dijadikan tali bagi menyelamatkan mangsa. Hasil daripada gabungan turban kumpulan terbabit, mereka berjaya membentuk ‘tali’ yang panjangnya kira-kira 33 kaki.

Mangsa kemudiannya berjaya diselamatkan selepas memegang ‘tali’ tersebut yang membantunya melalui batu-batu di kawasan air terjun itu. Video tersebut tular dan menerima puluhan ribu tontonan di Youtube.        

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini