Usaha Turki untuk meredakan krisis makanan global melalui rundingan laluan selamat untuk bijirin yang ditahan di pelabuhan Laut Hitam oleh Moscow mendapat tentangan Ukraine.

Kyiv mendakwa Moscow telah mengenakan syarat yang tidak munasabah, iaitu mahu sekatan ke atas Rusia ditarik balik.

Perang Rusia dengan Ukraine telah meningkatkan inflasi harga makanan sehingga mencetuskan krisis bekalan makanan global.

Ini kerana kedua-dua negara itu merupakan pengeksport bijirin ketiga dan keempat terbesar di dunia.

Sebahagian besar pantai Ukraine ditawan Rusia termasuk pulau di Laut Hitam yang menyekat eksport ladang Ukraine.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini