Turki melancarkan pengeluaran besar-besaran vaksin COVID-19, TURKOVAC selepas mendapat kelulusan untuk diguna sebagai penggunaan kecemasan. 

Proses membangunkan TURKOVAC yang bermula pada April 2020 itu melalui proses kajian praklinikal sebelum berjaya di dimuktamadkan pada Oktober tahun yang sama.

Fasa pertama kajian bermula pada bulan berikutnya melibatkan 44 sukarelawan manakala fasa kedua dilancarkan pada 10 Februari 2021 dengan penyertaan 250 sukarelawan. 

Data kajian kedua-dua fasa berkenaan menunjukkan hasil yang positif dan sebelum pihak berkuasa kemudian melancarkan kajian fasa tiga.  

Di bawah fasa tiga, dos pertama vaksin telah diberikan pada 22 Jun 2021 yang turut disertai Presiden Recep Tayyip Erdogan, sekali gus mengumumkan nama vaksin itu sebagai TURKOVAC. 

Beribu-ribu sukarelawan yang tidak dijangkiti COVID-19 atau telah mendapat vaksin sebelum ini, disuntik dengan Turkovac sebagai sebahagian kajian untuk fasa tiga. 

Pada Oktober lepas, TURKOVAC digunakan sebagai dos penggalak dan sukarelawan yang sebelum ini menerima dua dos vaksin Sinovac, diberikan dos penggalak sama ada TURKOVAC atau Sinovac bergantung kepada pilihan mereka.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini