Penglibatan golongan muda dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) diharap dapat menjadi batu loncatan dalam mengadaptasi cabaran Revolusi Perindustrian 4.0, gelombang Kecerdasan Buatan (AI) dan dominasi automasi.
 
Cabaran itu memerlukan modal insan terlatih, cekap serta berdaya saing.
 
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, golongan muda perlu terus mempelajari serta meneroka kemahiran dan ilmu baharu dari semasa ke semasa agar kekal relevan dengan keperluan industri.
 
Usaha tersebut dapat mengurangkan isu pengangguran serta meningkatkan taraf hidup keluarga masing-masing.
 
Baginda bertitah demikian ketika menyantuni dan menyampaikan sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada Muhammad Turmidzi Abdul Rahim, yang tinggal bersama tiga orang ahli keluarga yang lain di Abi, Kangar.
 
Beliau merupakan salah seorang daripada penerima Bantuan Sara Hidup Berkala MAIPs dan Bantuan Baik Pulih Mikro MAIPs.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini