Dengan kuasa media sosial, seorang adik berjaya menjejaki dua kakaknya dan seorang adik lelaki yang terpisah sejak 15 tahun lalu. Menerusi akaun @Fdzhx, menyatakan dia mencari dua kakaknya dan adik lelaki yang berpisah sejak berusia lapan tahun di Pahang. Ujarnya, pelbagai usaha dilakukan sebelum ini termasuk mencari rekod di Jabatan Pendaftaran Negara dan rekod perubatan selama ini namun gagal.Selepas 11 jam ciapan itu viral, akhirnya pemilik akaun @elyananana mendakwa mereka adik beradik yang dicari selama ini.Sementara itu, @ameranajeha turut membuat ciapan telah berjumpa adik mereka dari Singapura yang telah lama dicari. Difahamkan keluarga ini akan bertemu dalam masa terdekat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini