Pemain muda perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong mencipta sensasi tersendiri apabila menjuarai kejuaraan Cabaran Antarabangsa Belgium di Leuven, malam tadi.

Pada perlawanan akhir, Tze Yong yang muncul naib juara Terbuka Czech di Brno minggu lalu, mudah mengatasi pemain pilihan kelima, Ajay Jayaram, 34 tahun dari India yang berstatus 63 dunia straight set 21-14 dan 21-14.

Kejuaraan Cabaran Antarabangsa Belgium ini merupakan kejuaraan kedua Tze Yong selepas mengegarkan Terbuka Poland pada Mac lalu, ini juga merupakan kejuaraan ketiga peribadinya selepas mengungguli saingan Antarabangsa Australia Selatan 2019.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini