Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong meneruskan momentum cemerlangnya apabila melakar gelaran antarabangsa keempatnya musim ini.

Jaguh muda yang sedang meningkat naik itu muncul juara Terbuka Scotland 2021 yang berlangsung di Glasgow, semalam.

Pemain berusia 21 tahun itu menewaskan seorang lagi wakil negara yang juga bekas pemain skuad kebangsaan, Soong Joo Ven 21-18, 21-14.

Tze Yong yang membuat penampilan sulung pada saingan Piala Thomas bulan lalu, sebelum ini menjuarai kejohanan antarabangsa Australia Selatan 2019, Terbuka Poland 2021 dan Terbuka Belgium 2021.

Pemain kelahiran Johor yang menduduki ranking ke-62 dunia itu dijadual menyertai kejohanan antarabangsa Wales bulan depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini