Tentera Emiriah Arab Bersatu (UAE) berjaya memintas dan memusnahkan dua peluru berpandu balistik yang ditembak pemberontak Houthi dari Yaman.

Saksi memberitahu serpihan peluru berpandu jatuh di sekitar Abu Dhabi tetapi tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.

Dalam pada itu, Pemberontak Houthi mengaku melancarkan serangan itu dan akan mendedahkan butiran ‘operasi ketenteraan’ di UAE dan Arab Saudi.

Minggu lalu, pemberontak Houthi melancarkan serangan terhadap Abu Dhabi sehingga menyebabkan tiga maut.

Sebagai tindak balas, UAE melancarkan serangan udara yang mengorbankan 14 orang serta memusnahkan kemudahan internet di negara yang sedang bergolak itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini