Emiriah Arab Bersatu, UAE dilapor menghantar pesawat yang membawa bantuan makanan dan ubat-ubatan untuk penduduk Afghanistan.

Ia berlaku setelah hampir tiga minggu Taliban mengambil alih Afghanistan.

Memetik laporan Agensi Berita WAM, bantuan itu hadir dalam kerangka kemanusiaan UAE untuk memberi sokongan penuh kepada saudara di Afghanistan.

Kementerian Luar, UAE mengesahkan kepada AFP, bahawa ia penerbangan pertama bantuan sejak Taliban berkuasa.

Selasa lalu, Taliban meraikan kemenangan menyeluruh mereka, beberapa jam selepas kumpulan terakhir tentera Amerika Syarikat meninggalkan Kabul.

Sekali gus menamatkan operasi pemindahan lebih 123,000 warga asing termasuk penduduk yang melarikan diri dari Afghanistan.

Amerika Syarikat mula menjalankan operasi ketenteraan di Afghanistan selepas serangan 11 September 2001 atas alasan memerangi kumpulan pengganas Al-Qaeda yang dipertanggungjawab melakukan serangan tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini