Emiriah Arab Bersatu menjadi negara terbaharu menyalurkan sumbangan khusus kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terjejas banjir.

Ia termasuk veteran ATM dan warga awam Kementerian Pertahanan.

Dianggarkan 3,000 warga ATM  dari 775 keluarga terkesan dengan musibah banjir luar biasa baru-baru ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memaklumkan, sumbangan yang disalurkan terdiri daripada barangan keperluan asas.

Antaranya, sejadah, tuala, cadar dan selimut.

Jelas beliau perkembangan itu bukan sahaja membuktikan keprihatinan kerajaan UAE.

Malah berupaya mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini