Sekatan kemasukan ke atas 12 negara Afrika yang dikenakan Emiriah Arab Bersatu UAE susulan kebimbangan terhadap varian Omicron ditarik balik mulai 29 Januari.

Perkara itu diumumkan oleh Pihak Berkuasa Pengurusan Krisis dan Bencana Kebangsaan UAE (NCEMA)

Lapor agensi berita Sputnik, kemasukan itu membabitkan ketibaan dari Kenya, Tanzania, Ethiopia, Nigeria, Republik Congo dan Republik Afrika Selatan.

Turut mendapat manfaat ialah Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe.

Antara syarat kemasukan dari negara-negara itu, pihak berkuasa UAE menetapkan keperluan untuk membuat ujian PCR negatif untuk COVID-19 selewat-lewatnya 48 jam sebelum ketibaan, dan lulus ujian PCR lain semasa tiba di negara itu.

Mereka meminta penduduk negara-negara Afrika agar tidak melakukan perjalanan jika mereka mempunyai simptom COVID-19.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini