Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon akui perlu lebih masa untuk mengubah corak permainan pasukan menjadi lebih agresif.
Dalam masa sama beliau mahu menerapkan falsafah bola sepaknya ke dalam minda semua pemain kebangsaan.
Katanya, beliau tidak boleh membuat banyak perubahan dalam tempoh singkat.
Segala pengalaman dimiliki akan dimanfaatkan sebaiknya andai diberikan tempoh masa sewajarnya.
Beliau turut menegaskan fokus utamanya kini adalah membina asas yang kukuh dan meningkatkan kekuatan fizikal anak-anak buahnya yang baharu.=