Porto berdepan tugas getir dalam usaha melayakkan diri ke pusingan 16 terakhir apabila turun bertemu Atletico Madrid di stadium Dragao awal pagi esok. Pertemuan terakhir kumpulan B ini bakal menjadi penentu pasukan mana yang layak untuk mengikuti jejak juara kumpulan iaitu Liverpool.

Porto kini di kedudukan kedua dengan 5 mata manakala AC Milan dan Atletico terikat dengan 4 mata. Kejayaan meraih 3 mata akan mengesahkan kemaraan Porto ke peringkat kalah mati.

Keputusan seri juga sudah memadai jika Milan gagal mencatat kemenangan ke atas Liverpool dalam satu lagi pertemuan. Skuad kendalian Sérgio Conceicao tidak dapat menggunakan khidmat pemain pertahanan, Pepe yang perlu jalani kuarantin akbat positif Covid-19.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini