Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) melancarkan platform aplikasi E-Skrol menggunakan teknologi blockchain bagi kegunaan para graduan UIAM yang dirasmikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr. Adham Baba.

E-Skrol dibangunkan anak syarikat UIAM, IIUM Advance Technologies Sdn.Bhd. (IAT) untuk mengatasi masalah ijazah palsu bagi memudahkan proses pengesahan ijazah yang sebelum ini dilakukan secara manual.

Dibangunkan berdasarkan teknologi blockchain, platform ini menyimpan, mengesah dan memaparkan maklumat ijazah yang boleh dicapai melalui aplikasi web di seluruh dunia secara pantas, telus tanpa sebarang gangguan.

Projek E-Skrol dijayakan dengan bantuan geran Sandbox Teknologi dan Inovasi Nasional (NTIS) oleh MOSTI.

Platform ini akan dipasarkan ke setiap universiti awam dan swasta seluruh negara bagi membolehkan graduan mencapai maklumat ijazah mereka dengan pantas dan efisyen.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini