Pengajian Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Mara (UiTM) menganjurkan program ‘Water for Indigenous Community’.

Program dua hari bermula semalam itu, bertujuan untuk mendedahkan masyarakat orang asli tentang pengurusan dan kelestarian air yang boleh dijadikan alternatif, selain dari bekalan air utama yang disalurkan kerajaan.

Seramai 60 individu dari komuniti orang asli yang terdiri daripada pelajar sekolah dan ibubapa menyertai dengan pelbagai modul secara teori dan praktikal disediakan.