Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak menghalang pelajarnya untuk menjadi calon yang bertanding dalam pilihan raya kerana ia tidak berlawanan dengan akta universiti itu.

Naib Canselornya, Profesor Dr Roziah Mohd Janor berkata Akta 173 UiTM membenarkan penuntut universiti itu berpolitik atau menjadi calon parti politik.

Jika kemenangan berpihak kepada pelajar itu, UiTM akan meminta beliau mengambil cuti daripada pembelajarannya.

Profesor Dr Roziah, mengulas penglibatan pelajar UiTM Farzana Hayani Mohd Nasir yang menjadi calon termuda PRU DUN Melaka dan bertanding merebut kerusi DUN Sungai Rambai.

Profesor Dr Roziah ditemui pada Majlis Penyerahan tiga Sijil Pengiktirafan Malaysia Book of Records melalui Program Patriotisme.

Anugerah tersebut ialah Bilangan Video Patriotik Dimuat Naik Dalam Talian Paling Banyak, Jumlah Tontonan Paling Tinggi Siaran Langsung Facebook dan Penyertaan Terbesar Pertandingan Slogan Patriotik.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini