Pelaksanaan saringan ujian COVID-19 di semua sekolah KPM perlu menggunakan kit ujian air liur sahaja.

Penggunaan kit ujian secara calitan hidung adalah tidak dibenarkan dan ia tidak selaras dengan arahan KPM melalui surat bertarikh 28 November 2021.

Pelaksanaannya kata KPM, dibuat murid dengan pemantauan guru.

Mengulas mengenai gambar yang tular dalam media sosial bertajuk “Di sebuah sekolah guru-guru menjalani latihan amali dengan swab pelajar”, KPM berkata, pihaknya telah membuat siasatan dan mendapati gambar tersebut melibatkan ujian saringan COVID-19 di sebuah sekolah di Pahang.

Secara keseluruhan, seramai 16 murid di sekolah berkenaan telah dipilih secara rawak untuk menjalani ujian saringan COVID-19 menggunakan kit ujian air liur.

Bagaimanapun, demonstrasi calitan hidung turut dilaksana melibatkan empat guru dan empat murid yang dibimbing oleh dua jururawat. Pengurusan ujian kendiri COVID-19 bagi murid sekolah KPM dilaksana mengikut ketetapan dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini