Cadangan ujian kendiri COVID-19 dalam kalangan pendidik di Melaka perlu diperhalusi dan dibincangkan dengan lebih teliti.
 
Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali , berkata pelbagai perkara perlu diambil kira terutama aspek kos dan pemantauan sebelum ia boleh dilaksanakan. 

Beliau ditemui pada perasmian Program Sambutan Jubli Emas Hari Guru Peringkat Negeri Melaka Tahun 2021 di Bandar Hilir.
 
Sebelum ini, Exco Kesihatan dan Anti Dadah Melaka, Dr Muhamad Akmal Saleh menyarankan semua guru, kakitangan sokongan dan pekerja swasta di semua sekolah berasrama menjalani ujian kit ujian pantas (RTK) Covid-19 setiap minggu bagi mengelak jangkitan dalam kalangan  pelajar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini