Tiada bayaran dikenakan buat jemaah haji yang membuat ujian pengesanan COVID-19 di fasiliti kendalian KKM.

Jemaah juga dibenar membuat ujian serupa di fasiliti kesihatan swasta, namun ia perlu ditanggung sendiri.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan, jemaah berminat diminta menyemak senarai fasiliti kesihatan KKM yang menyediakan perkhidmatan berkenaan.

Kerajaan Arab Saudi sebelum ini menetapkan semua jemaah haji perlu disahkan negatif COVID-19 menerusi ujian pengesanan RT-PCR dalam tempoh 72 jam sebelum ketibaan di Tanah Suci.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini