Sesi uji bakat pencarian Bintang P.Ramlee dan Bintang Kecil, bakal menjelajah beberapa daerah di negeri ini. Pencarian bakat itu, bagi mewakili Selangor untuk pertandingan peringkat semenanjung, seterusnya ke peringkat kebangsaan.

Setakat ini, tiga lokasi uji bakat telah berlangsung masing-masing di warisan Hall Sijangkang dekat Kuala Langat, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam dan di Dataran Boulevard Petaling Jaya.

Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Selangor Zamani Ibrahim berkata, lokasi terakhir akan berlangsung di Kolej Matrikulasi Kuala Langat pada 2 dan 3 Jun ini.

Beliau juga mengajak mereka yang mempunyai bakat untuk menyertai pertandingan ini.  Untuk Bintang Kecil penyertaan terbuka kepada individu berusia 7 hingga 11 tahun manakala Bintang P. Ramlee, berusia 18 hingga 45 tahun, dan perlu membawa minus one sendiri dan kad pengenalan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini