United Kingdom akan membatalkan larangan kemasukan pelawat asing ke England bermula Isnin ini.

Sekaligus mengeluarkan kesemua baki negara daripada senarai merah perjalanan.

Setiausaha Pengangkutan, Grant Shapps berkata baki tujuh negara dalam senarai ialah Colombia, Republik Dominican, Ecuador, Haiti, Panama, Peru dan Venezuela.

Rakyat Britain yang pulang dari negara terbabit tidak lagi dikehendaki menjalani kuarantin 11 malam di hotel.

Manakala warga semua negara itu pula dibenarkan pergi ke England.

Bagaimanapun UK akan mengekalkan kategori senarai merah sebagai langkah berjaga-jaga bagi melindungi kesihatan awam.

Selain itu, kerajaan akan mengiktiraf vaksinasi COVID-19 untuk ketibaan dari lebih 30 lagi negara serta wilayah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini