Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom menjangka Omicron menjadi varian dominan di negara itu menjelang pertengahan Disember, sekiranya trend berterusan dengan lebih sejuta jangkitan menjelang akhir bulan ini.

Sehingga Jumaat, terdapat 1,265 kes Omicron disahkan. Analisis awal ke atas kira-kira 500 kes Omicron menunjukkan vaksin AstraZeneca dan Pfizer menyediakan tahap perlindungan jauh lebih rendah bagi jangkitan bergejala, berbanding Delta.

Dos penggalak dikatakan meningkatkan perlindungan kepada 70 hingga 75 peratus.

Rabu lalu Perdana Menteri, Boris Johnson umum Pelan B yang lebih ketat kepada rakyatnya.

Ia termasuk mewajibkan pemakaian pelitup muka di muzium, teater dan pawagam serta menggalakkan untuk bekerja dari rumah.

Orang ramai juga perlu menunjukkan pas COVID-19 dengan bukti dua suntikan bagi menghadiri acara di kelab malam dan stadium.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini