Pihak berkuasa kesihatan United Kingdom melancarkan kempen menggalak dan meyakinkan golongan ibu mengandung mendapatkan vaksin COVID-19.

Ini selepas data mendedahkan 96% wanita mengandung yang menerima rawatan di hospital pada tahun lalu tidak menerima suntikan vaksin.

Menerusi portal kerajaan, wanita mengandung digesa mendapatkan suntikan vaksin demi kesihatan ibu dan bayi daripada dijangkiti.

Ketua Penasihat Saintifik kepada Jabatan Kesihatan dan Penjagaan Sosial UK, Profesor Lucy Chappell berkata, terdapat bukti jelas menunjukkan COVID-19 memberi risiko kepada wanita hamil dan bayi mereka.

Menurutnya, bayi yang dilahirkan daripada wanita yang dirawat akibat COVID-19 selalunya perlu dimasukkan ke hospital.

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson turut hadir di pusat pemberian vaksin bagi menggalakkan lebih ramai rakyat negara itu menerima suntikan penggalak.

Sejak April 2021, dianggarkan  84,000 wanita mengandung sudah menerima satu dos dan lebih 80,000 sudah menerima dua dos vaksin COVID-19.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini