United Kingdom pada Isnin mengumumkan Sinovac dan Sinopharm keluaran China serta Covaxin dihasilkan India bakal dimasukkan ke dalam senarai vaksin COVID-19 yang diluluskan.

Menurut laporan Agensi Anadolu, vaksin COVID-19 yang tersenarai untuk penggunaan kecemasan WHO itu akan diiktiraf dan semua kanak-kanak bawah umur 18 tahun yang tiba di sempadan England akan dilayan sebagai penerima vaksin lengkap. 

Di UK, penumpang yang lengkap vaksinasi dan telah menerima sijil vaksin satu daripada lebih 135 negara dan wilayah yang diluluskan tidak perlu menjalani ujian saringan pra-berlepas. 

Sebaliknya, penumpang hanya perlu membayar untuk ujian saringan selewatnya sehari selepas ketibaan. 

Setiausaha Kesihatan negara berkenaan, Sajid Javid berkata pengumuman baharu itu adalah satu langkah merancakkan kembali industri pelancongan, perniagaan selain memberi peluang keluarga serta rakan-rakan bertemu dan melakukan perjalanan ke luar negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini