Britain akan menyalur  bantuan kecemasan berjumlah 105 juta pound bagi membantu negara terkesan khususnya di Afrika dalam usaha menangani penularan varian Omicron.

Dana itu akan diguna untuk membantu mengurangkan penularan, meningkatkan ujian dan menambah bekalan oksigen.

Menteri Luar Liz Truss dalam satu kenyataan berkata United Kingdom  menyediakan bantuan penting untuk membantu menangani penyebaran varian baharu di seluruh dunia.

Ikrar terbaharu Britain itu dibuat selepas ia  menghantar 30 juta vaksin ke seluruh dunia seperti dijanjikan menjelang akhir 2021.

Setakat ini, 24.6 juta dos diberikan kepada Covax, rangkaian perkongsian vaksin global, untuk dihantar ke beberapa negara dan 5.5 juta telah dikongsi secara langsung dengan negara yang memerlukan termasuk Kenya, Jamaica dan Indonesia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini