Kerajaan United Kingdom mengumumkan tambahan 5.4 bilion pound kepada Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) di England dalam tempoh enam bulan akan datang. Pembiayaan itu bagi membantu menangani senarai menunggu yang melonjak dan meningkatkan tindak balas terhadap Covid-19.

Daripada jumlah itu, 1 bilion pound bagi menurunkan senarai menunggu di hospital, manakala 2.8 bilion lagi bagi menanggung kos berkaitan seperti meningkatkan langkah kawalan jangkitan. Kira-kira 500 juta pound pula bagi meningkatkan kapasiti katil hospital.

Kenyatan itu dikeluarkan Jabatan Kesihatan dan Penjagaan Sosial  selepas Setiausaha Kesihatan, Sajid Javid memberi amaran, senarai menunggu bagi operasi rutin dan rawatan ketika ini meningkat kepada 5.5 juta di England. Jumlah itu dijangka melonjak kepada 13 juta dalam tempoh beberapa bulan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini