Ukraine akan menawan semula semua bandar yang tewas kepada Rusia. Bandar berkenaan ialah Sievierodonetsk, Donetsk dan Luhansk. 

Dalam ucapan video pada lewat malam, Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy mengakui perang terus menjejaskan emosi rakyat. Beliau menyifatkan serangan 45 peluru berpandu dan roket Rusia dalam tempoh 24 jam sebagai percubaan untuk mematahkan semangat rakyat.

Katanya, serangan peluru berpandu tanpa henti membuktikan, sekatan terhadap Rusia tidak cukup untuk membantu Ukraine yang memerlukan lebih banyak senjata.