Pelakon dan pengacara Zoey Rahman terkejut dengan penemuan seekor ular sawa seberat 50 kilogram bersembunyi di siling tandas kediaman keluarganya di Terengganu.

Menurut Zoey,keberadaan ular sawa berkenaan disedari ayahnya ketika mahu mengambil barang di tandas tersebut.

Selepas mengetahui keberadaan ular sawa itu, ayahnya segera menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) bagi mendapatkan bantuan menangkap ular berkenaan.

Zoey berkata ular sawa itu mungkin datang dari kawasan semak berdekatan di belakang rumah kerana berhampiran sungai dan dusun buah-buahan.’

Zoey bagaimanapun bersyukur dan lega kerana keluarganya selamat dan tiada kejadian tidak diingini menimpa.

Zoey turut berkongsi video penangkapan ular sawa berkenaan di Instagram.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini