Umat Islam di Bangladesh terus melakukan protes membantah kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW oleh dua pegawai Parti Bharatiya Janata (BJP) yang memerintah India yang mencetuskan kemarahan dunia Islam.

Pihak berkuasa di India pula mengarahkan kawalan keselamatan dipertingkat di beberapa wilayah bersempena solat jumaat akan datang selepas dua orang ditembak mati dalam protes minggu lalu.

Sekitar 10,000 rakyat Bangladesh berkumpul di masjid terbesar di Dhaka dan cuba berarak ke kedutaan India sebelum dihalang oleh polis.

Protes itu dianjurkan oleh salah parti Islam terbesar di Bangladesh, Islami Andolan Bangladesh.

Lebih kurang 150,000 menyertai tunjuk perasaan besar-besaran selepas solat Jumaat minggu lalu di bandar-bandar utama Bangladesh termasuk 20,000 di ibu negara, Dhaka.

Penunjuk perasaan mahu barangan keluaran India diboikot dan menggesa Perdana menteri, Sheikh Hasina membuat protes secara rasmi terhadap India.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini