Umat Islam disarankan berhati-hati dalam menerima dan menyebarkan maklumat.

Mufti Wilayah Persekutuan,Datuk Luqman Abdullah berkata ia bagi mengelakkan diri daripda terpengaruh dengan fahaman dan ajaran tidak benar yang boleh menyesatkan. Jelas beliau zaman ledakan teknologi dan arus globalisasi telah memberi kesan besar terhadap umat Islam dengan penyebaran makluma tanpa sekatan.

Justeru umat Islam perlu bijak dengan mengamalkan sikap suka bertanya kepada alim ulama yang muktabar sebelum beramal dan menyebarkannya.

Datuk Luqman ditemui ketika menjadi tetamu di konti LABUANfm.

Terdahalu beliau telah merasmikan Program Diskusi Isu-Isu Islam anjuran Pejabat Mufti Labuan dengan kerjasama Perbadanan Labuan dan rakan-rakan strategic yang berlangsung di Dewan Arena Perbadanan Labuan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini