Umat Islam diseru mengamalkan konsep Tasamuh yang mengutamakan nilai kebersamaan selari konsep Keluarga Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia penting bagi memastikan masyarakat majmuk di negara ini saling menghargai dan memahami nilai perbezaan, seterusnya mengelak bibit-bibit perpecahan.

Sebarang perselisihan faham harus diselesaikan secara berhemah serta beretika, berpandukan Al-Quran dan Sunnah Perdana Menteri berucap merasmikan Persidangan Ulama Asia Tenggara 2022 di Petaling Jaya.