Baru-baru ini kecoh di laman sosial, apabila pelakon, Umie Aida memuat naik beberapa status meluahkan perasaan terhadap bekas sahabat yang dikatakan telah mengkhianatinya pada malam Selasa. Pelakon itu menyatakan kekecewaannya dengan sikap bekas rakan yang telah memusnahkan kepercayaannya berulang kali. Bagaimanapun, status tersebut telah dipadam selepas beberapa jam di muat naik dengan alasan Umie tidak mahu aura negatif terus terlekat dalam kehidupannya. Biarpun, Umie tidak menyebut nama namun rata-rata netizen di laman sosial membuat andaian luahan tersebut ditujukan kepada penyanyi Erra Fazira yang pernah menjadi rakan baiknya sebelum ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini