Univerisiti Malaysia Kelantan (UMK)menyasarkan lebih 6,000 pengunjung menyertai Program Jom Masuk IPT.
Program berlangsung di UMK Kampus Bachok itu membuka peluang kepada pelajar dan ibu bapa mendapatkan maklumat terkini dan peluang menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Naib Canselor UMK, Profesor Dr. Razli Che Razak berkata, 60 pameran oleh institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Jabatan Pendidikan Politeknik, Kolej Komuniti disediakan sepanjang program.
UMK turut memperkenalkan 9 fakulti baharunya di tiga kampus iaitu Kampus Kota, Bachok dan Jeli.
Program dua hari yang berakhir esok dirasmikan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) Kementerian Pengajian Tinggi, Dr. Mohd Zabri Yusoff.