Universiti Kelantan Malaysia (UMK) menetapkan sasaran menjadi universiti keusahawanan nombor satu di Malaysia menjelang tahun 2023. Manakala sasaran di peringkat ASEAN dijangka dapat dicapai pada 2026 dan Asia menjelang 2030. Ke arah itu Naib Canselornya, Prof Dr Noor Azizi Ismail berkata, pihaknya kini sedang menjalin kerjasama dengan pemain industri di peringkat dalam dan luar negara termasuk China. Penekanan turut diberikan dalam kerja berpasukan antara fakulti, institusi dan pengurusan tertinggi. Beliau menghadiri pelancaran “Program Gerak Gempur Universiti Keusahawanan nombor satu “di Dewan Keusahawanan UMK, Kampus Kota Bharu, Pengkalan Chepa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini