Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menghasilkan Pelan Strategik UMK 2021-2025 agarmampu melonjak lebih cemerlang. Naib Canselor UMK Professor Dr Nik Maheran Nik Muhammad berkata, pelan ini, mengambil kira potensi universiti untuk bersama merealisasikan visi dan misi pengajian tinggi Malaysia.

Katanya, di peringkat kebangsaan pula, UMK dengan Kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi telah berjaya menghasilkan dua dokumen penting berkaitan hala tuju keusahawanan, iaitu Pelan Tindakan Keusahawanan 2021-2025 dan Panduan Pendidikan Keusahawanan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Sidang Pertama Istiadat Konvokesyen UMK kali ke-10 dan 11 di Dewan Tuanku Canselor UMK Bachok, Bachok hari ini. Majlis disempurnakan Tengku Mahkota Kelantan Yang juga Canselor UMK, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra

UMK juga pada September lalu telah mendapat pengiktirafan antarabangsa sebagai Universiti Keusahawanan Unggul apabila muncul satu-satunya Universiti Awam di Malaysia mencapai standard sebuah Universiti Keusahawanan yang diiktiraf ACEEU.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini