UMNO berhasrat untuk mengelakkan pertembungan sesama parti dalam kerajaan ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, justeru Majlis Tertinggi UMNO memberikan mandat kepada beliau berunding dengan parti dalam kerajaan untuk elak pertembungan sehingga boleh menyaksikan tiga penjuru.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO kemudian menjelaskan rundingan itu masih berlangsung.

Kata beliau, pertembungan tiga penjuru di PRN Melaka hanya akan merugikan mana-mana parti dalam kerajaan.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Belia Negara 2021 di Kuala Lumpur.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini