Universiti Malaysia Terengganu, UMT berhasrat menerbitkan lebih banyak jurnal berimpak tinggi bagi mengekalkan pengiktirafan dimiliki intitusi itu di peringkat antarabangsa.
 
Ketika ini, lebih 20,000 kadar pembacaan direkodkan UMT menerusi artikel diterbitkan jurnal antarabangsa, The Lancet, berbanding hanya seribu sejak lima tahun lalu.
 
Naib Canselornya, Profesor. Doktor  Mazlan Abdul Ghaffar, berkata, penerbitan jurnal akan menarik bacaan para penyelidik, sekaligus turut membantu dalam aspek ranking universiti berkenaan.
 
Beliau berkata demikian selepas hadir  program ‘Lancet Countdown 2021: Red Code for A Healthy Future’ di Dewan Sultan Mizan, UMT Gong Badak.

UMT kini berada di ranking 167 universiti terbaik Asia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini