Pelaksanaan kelayakan mengundi pada usia 18 tahun (Undi 18) bakal memberi transisi baharu kepada proses demokrasi negara.

Selain membuka ruang supaya untuk lebih ramai anak muda menyertai proses tersebut.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) , Datuk Abdul Ghani Salleh turut menyifatkannya satu langkah yang baik dan bijak dalam mengubah landskap politik negara. 

Datuk Abdul Ghani turut memberitahu pihak SPR sedang berunding dengan kementerian pendidikan supaya dapat menyediakan sistem pendidikan yang sesuai bagi menerapkan kefahaman politik yang sihat demi masa depan negara.

Pilihan Raya Umum (PRU) Johor yang bakal diadakan kelak akan menyaksikan pengundi yang berumur 18 tahun mengundi buat kali pertama.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini