Selaras pindaan Perlembagaan Persekutuan, undang-undang tubuh kerajaan Pahang dipinda bagi menurunkan had umur calon ADUN kepada 18 tahun. Pindaan disokong sebulat suara semua ADUN negeri berkenaan.

Pindaan rang undang-undang dibentangkan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Ia kemudian disokong ADUN Chini, Mohd Shahrim Md Zain sebelum diluluskan selepas bacaan kali ketiga.
 
Yang Dipertua DUN Pahang, Datuk Seri Ishak Muhamad menjelaskan, pindaan rang undang-undang itu selari dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan usia kelayakan calon pilihan raya daripada 21 kepada 18 tahun.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini