Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) akan membayar gaji bulanan guru di Afghanistan buat sekurang-kurangnya dua bulan.

Ini selepas pembayaran gaji tertunggak selama berbulan-bulan ketika negara itu berdepan krisis ekonomi disebabkan sekatan terhadap Taliban.

Pembayaran gaji yang berjumlah kira-kira 100 dolar Amerika setiap bulan itu, akan dibuat dalam matawang tempatan kepada kira-kira  194,000 guru sekolah rendah dan menengah bagi bulan Januari dan Februari.

Pembayaran akan dibiayai oleh Kesatuan Eropah. Negara itu berada dalam krisis ekonomi sejak Taliban mengambil alih pada Ogos lalu selepas pasukan tentera asing mengundurkan diri.

Sekatan terhadap sektor perbankan dan pembiayaan pembangunan yang dihentikan menyebabkan pentadbiran baharu menghadapi kesukaran untuk membayar gaji dalam sektor awam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini