Pihak sekolah diingatkan mematuhi kelonggaran diberikan KPM, dalam membenarkan para pelajar memakai pakaian selain seragam sekolah, sepanjang tempoh persekolahan tahun ini.

Ia susulan aduan diterima KPM oleh ibu bapa, berkenaan tindakan sesetengah sekolah yang meminta pelajar memakai uniform lengkap. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin menegaskan, kelonggaran tersebut bertujuan memberikan keselesaan kepada pelajar dalam menjalani pembelajaran.

Ini terutama kepada mereka yang tidak lagi muat memakai seragam sekolah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini