Dibina mengunalan 974 kontena serta boleh dialihkan.

Ini keunikkan sebuah stadium di Qatar yang bakal digunakan untuk temasya Piala Dunia 2022.

Dinamakan Stadium 974, stadium ini mampu memuatkan 40,000 penonton dan akan menjadi ‘venue’ pertandingan bola sepak paling berprestij di dunia itu, sehingga ke peringkat pusingan 16 terbaik.

Selain bilangan kontena, nombor 974 dipilih kerana merupakan kod talian antarabangsa negara berkenaan.

Berkonsepkan modular, iaitu bahan yang dibina secara pasang siap, stadium ini terletak di tepi pantai dengan keluasan 450,000 meter persegi.

Menggunakana kontena yang dikitar semula, rekaan ini lebih menjimatkan kos.

Struktur stadium ini akan ditanggalkan semula selepas Piala Dunia selesai.

Oleh kerana bersifat sementara, stadium ini menjadi penanda aras negara lain yang bakal menganjur temasya sukan dunia dan yang mahukan alternative lebih mesra alam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini